Status SPPICT
Ketua Unit Data, Sektor Dasar BTP telah menghantar email mengenai SPPICT keseluruhan dan amat mendukacitakan bahawa keputusan pungutan tidak mencapai sasaran yang dikehendaki iaitu 5.37% sahaja setelah SPPICTS dibuka 9 hari yang lepas.
Kepada GPB/GICT sekolah ahli PKG Johol, sila ambil maklum bahawa pungutan data akan ditutup pada 9 April 2010 dan tidak akan dilanjutkan lagi. Mohon kerjasama anda untuk mengisi data tersebut sebelum tarikh tutup untuk mengelak dari gangguan trafik pada tarikh akhir tersebut.
Sekian Terima Kasih
PTP PKG Johol