Pages

21 June 2010

Mesyuarat GPM 1/2010

Kepada Semua,

GPM Sekolah Ahli

PKG Johol

Tuan/Puan,


MESYUARAT GPM KALI PERTAMA PKG JOHOL 2010


Dengan segala hormatnya merujuk kepda perkara di atas.


2. Mesyuarat seperti ketetapan berikut:-


Tarikh : 22/6/2010 - Selasa

Masa : 2.00 ptg - 5.00 ptg

Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Johol


3. Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

16 June 2010

Kutipan SPPICT Kali Kedua

Kepada Semua,

Guru ICT Sekolah Ahli

PKG Johol

Tuan/Puan,

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa kutipan data kali kedua dengan menggunakan aplikasi Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) secara online akan dilaksanakan bermula pada 20 Jun hingga 09 Julai 2010.

2. Pihak sekolah haruslah melengkapkan data penggunaan inisiatif ICT
sekolah dalam SPPICTS sepenuhnya agar dapat dianalisis dan diproses
sebagai laporan lengkap. Pengisian data mengikut negeri tidak
dilaksanakan pada kali ini kerana aplikasi SPPICTS telah ditambah baik untuk mengelakkan kesesakan seperti yang berlaku semasa kutipan kali pertama.

3. Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

07 June 2010

Kampus Astro 2010

Kepada semua GPM

Sekolah Ahli PKG Johol


KAMPUS ASTRO 2010


Berhubung dengan perkara di atas hanya 4 buah sekolah sahaja yang menghantar maklumbalas mengenai Kampus Astro.


Kepada sekolah yang belum menghantar, sila kembalikan borang ke PKG Johol dengan seberapa segera.


Sekian Terima Kasih

02 June 2010

Pemantauan ICT

Kepada Semua Guru ICT
(Yang terlibat dengan penyelenggaraan ICT)
PKG Johol

Penyelenggaraan Komputer

Pihak PKG Johol dan Vendor yang telah dilantik oleh PPD Kuala Pilah telah membuat lawatan ke sekolah.

Sebanyak 9 buah sekolah sahaja yang terlibat dalam projek kali ini.

Sekian terima kasih.

"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat Melayari Blog Kami. Daripada Staf PKG Johol"