Pages

05 April 2010

Sejarah PKG

Sejarah PKG JOHOL

Pusat Kegiatan Guru Johol terletak di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Undang Johol. Terletak 20 Km dari Pejabat Pelajaran Kuala Pilah. Ahlinya terdiri daripada 9 buah sekolah kebansaan, 4 buat sekolah jenis kebangsaan dan 3 buah sekolah menengah.



1.1 Latar Belakang.

Dari segi sejarah,penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981 PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (BTPN) di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Pada Tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan penjiman alatan dan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan ( teknopen).
Seterusnya pada tahun 1990 nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut ( lampiran 1 ) Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam( Lampiran 2 ) sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

1.2 Objektif.
• Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen
• Mengumpal dan menyebar maklumat profesional pendidikan, khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah.
• Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
• Membantu dalam menghasil bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
• Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.
• Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.

1.3 Konsep.
PKG adalah pemangkin untuk meransang pembangunan profesional guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknopen dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan Falsafah Pendidikan Negara. PKG juga dijadikan pusat perkembangan profesional untuk guru-guru dan masyarakat setempat.

1.4 PKG Sebagai Prasarana Pendidikan.
Siapa ?
Pengguna
• Guru
• Masyarakat setempat
Pelaksana
• Pegawai BTPN dan Penyelaras PKG
• AJK Penasihat Teknopen
• JK Pengurusan Aktiviti PKG
• Pemimpin Tempat
Mengapa ?
• Pemangkin dalam aplikasi teknopen untuk pendidikan bestari
• Memenuhi keperluan profesional guru-guru setempat dalam teknopen bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Bagaimana ?
• Melalui aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan
Di mana ?
• PKG
• Sekolah Kelompok
Bila ?
• Mengikut perancangan dan keperluan semasa
Jaringan PKG.

PENGOPERASIAN PUSAT KEGIATAN GURU.
PKG terletak di bawah amanah dan tanggungjawab BTPN dan BTP.
Pengurusannya dikendalikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan. BTP, selaku ketua aktiviti menyalurkan peruntukan tahunan PKG melalui BTPN iaitu Pusat Tanggungjawab (PTJ).
Kecemerlangan pengoperasian PKG memerlukan komitmen yang tinggi daripada Jawatankuasa Kerja dengan konsep kerja berpasukan dan rasa kesepunyaan terhadap PKG.

STRUKTUR PENGURUSAN ORGANISASI AKTIVITI PKG.
Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG.
Bertanggungjawab merancang aktiviti bagi mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi pendidikan. Membantu dalam pembangunan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah dengan lebih efisien.

Peranan Jawatankuasa Kerja.

1. Latihan Dan Penghasilan.

• Merancang dan melaksana program peningkatan profesionalisme guru-guru sekolah ahli dan pembangunan sumber PKG
• Mengenalpasti kakitangan sumber yang diperlukan untuk aktiviti latihan dan penghasilan bahan teknopen mengikut keperluan setempat.
• Mengkaji laporan penilaian aktiviti bagi keperluan tindakan susulan.

2. Pembangunan Pusat Sumber Sekolah.
• Bekerjasama meningkatkan pengurusan dan penggunaan PSS sekolah ahli.
• Merancang dan melaksana program dan aktiviti PSS.
• Memupuk badaya membaca.
• Mewujudkan pakatan strategik dengan pelbagai agensi yang relevan.
• Memupuk semangat bantu membantu dan perkongsian sumber.

3. Teknologi Maklumat.
• Mewujudkan kesedaran kepentingan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.
• Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam penggunaan teknologi maklumat.
• Mengintergrasikan teknologi maklumat dalam pengurusan dan penggunaan PSS.

4. Sosial Dan Kebajikan.
• Memberi peluang guru-guru menjalankan aktiviti secara formal dan informal dengan terancang.
• Mengguna kemudahan rekreasi dan bergotong-royong.
• Mewujudkan hubungan dengan agensi-agensi kerajaan,pihak swasta dan pertubuhan sosial untuk kecemerlangan pendidikan setempat.
• Menggunakan kepakaran daripada komuniti sekolah dan luar sekolah untuk mencapai matlamat PKG

Peranan Pegawai Teknologi Pendidikan.

• Melaksanakan tugas berdasarkan sasaran kerja tahunan (SKT) dan kerja utama PKG.
• Mengurus aktiviti dan pentadbiran harian PKG.
• Mempromosi dan menggalakkan malan penggunaan teknologi pendidikan.
• Memberi khidmat nasihat dan bimbingan dalam pengurusan dan penggunaan PSS.
• Menyediakan laporan tahunan program dan aktiviti PKG.
Perancangan Dan Perlaksanaan Aktiviti PKG.
Keberkesanan pengoperasian PKG bergantung kepada pengurusan yang cekap dengan penumpuan kepada empat aspek utama.
• Perancangan aktiviti.
• Jadual pelaksana aktiviti.
• Proses pelaksanaan aktiviti.
• Penilaian dan tindakan susulan.

Pelaksanaan aktiviti PKG mengutamakan keberkesanan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan rangkaian kerjasama dengan PSS setempat.

Cabaran Dan Harapan.
Sistem pendidikan negara kita sentiasa berubah mengikut perkembangan dan kemajuan semasa. Dalam era perkembangan dunia teknologi terkini, khususnya teknologi maklumat, perubahan-perubahan ke arah itu telah dapat dilihat baik di peringkat bahagian,jabatan,sekolah mahupun di bilik darjah. Di kebanyakan institusi-institusi tersebut penggunaan komputer,internet,e-mail dan CD-Rom sudah menjadi suatu yang lumrah.

Senario di atas secara tidak langsung turut memberi cabaran kepada PKG. Sebagai pusat aktiviti setempat PKG boleh menjadi agen perubahan yang menjurus ke arah peningkatan pendidikan yang berkualiti. Selain itu berasaskan teknologi maklumat, PKG boleh dijadikan pusat perhubungan dan penyebaran maklumat setempat, iaitu melalui LAN(Local Area NEtwork) dan seterusnya berkembang ke arah perkongsian maklumat secara meluas ke seluruh rangkaian BTP melalui WAN(Wide Area Network). PKG juga amat diperlukan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri,Pendidikan Daerah dan sekolah kelompok. Justeu ia mempunyai kemudahan LAN dan WAN, maka perhubungan yang sedia ada akan dapat dipererat dan dipertingkatkan.
Cabaran dan harapan ini memerlukan komitmen dari semua pihak agar PKG dapat berfungsi dengan lebih efektif dan efisien. Komitmen serta sikap positif semua pihak juga diharap dapat membantu mencapai matlamat dan objektif PKG sejajar dengan matlamat pendidikan bestari,kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan keperluan Wawasan 2020.

"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat Melayari Blog Kami. Daripada Staf PKG Johol"