Pages

16 June 2010

Kutipan SPPICT Kali Kedua

Kepada Semua,

Guru ICT Sekolah Ahli

PKG Johol

Tuan/Puan,

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa kutipan data kali kedua dengan menggunakan aplikasi Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) secara online akan dilaksanakan bermula pada 20 Jun hingga 09 Julai 2010.

2. Pihak sekolah haruslah melengkapkan data penggunaan inisiatif ICT
sekolah dalam SPPICTS sepenuhnya agar dapat dianalisis dan diproses
sebagai laporan lengkap. Pengisian data mengikut negeri tidak
dilaksanakan pada kali ini kerana aplikasi SPPICTS telah ditambah baik untuk mengelakkan kesesakan seperti yang berlaku semasa kutipan kali pertama.

3. Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat Melayari Blog Kami. Daripada Staf PKG Johol"