05 July 2010
21 June 2010
Mesyuarat GPM 1/2010
Kepada Semua,
GPM Sekolah Ahli
PKG Johol
MESYUARAT GPM KALI PERTAMA PKG JOHOL 2010
Dengan segala hormatnya merujuk kepda perkara di atas.
2. Mesyuarat seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 22/6/2010 - Selasa
Masa : 2.00 ptg - 5.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Johol
3. Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
16 June 2010
Kutipan SPPICT Kali Kedua
Kepada Semua,
Guru ICT Sekolah Ahli
PKG Johol
Tuan/Puan,
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa kutipan data kali kedua dengan menggunakan aplikasi Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) secara online akan dilaksanakan bermula pada 20 Jun hingga 09 Julai 2010.
2. Pihak sekolah haruslah melengkapkan data penggunaan inisiatif ICT
sekolah dalam SPPICTS sepenuhnya agar dapat dianalisis dan diproses
sebagai laporan lengkap. Pengisian data mengikut negeri tidak
dilaksanakan pada kali ini kerana aplikasi SPPICTS telah ditambah baik untuk mengelakkan kesesakan seperti yang berlaku semasa kutipan kali pertama.
3. Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.