29 April 2010
Pengisian SPPICT 1/2010
Kepada Semua Guru ICT
Sekolah Ahli PKG Johol
Pengisian Data SPPICT 1/2010
Untuk makluman sekolah-sekolah ahli PKG Johol pengisian data maklumat SPPICT 2010 kutipan 1/2010 untuk Negeri Sembilan adalah pada 29 APRIL 2010. Tarikh akhir untuk pengisian data maklumat ini akan berakhir pada 09 MEI 2010. Sehubungan dengan itu, diharap pihak sekolah dapat membuat pengisian data tersebut dengan kadar segera.
Bagi sekolah-sekolah yang mengalami gangguan talian School Net boleh menggunakan kemudahan di Pusat Kegiatan Guru Johol dengan membawa komputer riba sekolah masing-masing yang mempunyai kemudahan wifi pada waktu bekerja pada setiap hari Isnin hingga Khamis.
27 April 2010
i-Nilam
Kepada Semua Guru yang terlibat
Sekolah Ahli PKG Johol
Perlaksanaan Sistem i-NILAM secara online
Dimaklumkan kutipan data NILAM secara online boleh dilaksanakan oleh GPM,
Guru Data, Guru Penyelaras NILAM dan Guru NILAM berkuatkuasa mulai 18-Feb-2010.
| 1 | GPM - Mendaftar/mengemaskini maklumat pengguna peringkat sekolahdan memberi tahap capaian sistem kepada pengguna samada sebaga Guru Data, Guru Penyelaras NILAM atau Guru NILAM |
| 2 | Guru Data - Mendaftar/mengemaskini maklumat kelas dan murid |
| 3 | Guru NILAM - Merekod/mengemaskini jumlah bacaan terkumpul setiap murid setakat 31-Dis-2009 dan jumlah bacaan bulanan muridsetiap hujung bulan. |
| 4 | Guru Penyelaras NILAM - Mengesahkan data NILAM sekolah yang direkodkan oleh Guru NILAM. |
Sekian Terima Kasih