Kepada Semua Guru ICT /
Guru Kampus Astro
Ahli PKG Johol
MASALAH MENGENAI PERKHIDMATAN ASTRO.
Berdasarkan perkara di atas, dimaklumlan bahawa pihak sekolah dikehendaki terus menghubungi pihak ASTRO jika terdapat masalah untuk menonton siaran Astro, dari segi peralatan (piring, decoder dan alat kawalan jauh) ataupun siaran, di talian : 1-300-82-0001
Diikuti dengan surat melalui faks ditalian : 03-9543-6868.
Disertakan dengan :
1. Nombor akaun Astro
2. Nombor Smart Card
3. Nombor telefon bimbit (pemanggil)
Sekian terima kasih.
Staf PKG Johol
Kepada Semua Guru ICT
Ahli PKG Johol
PENGHANTARAN Borang SPPICTS.
Berdasarkan perkara di atas, dimaklumlan bahawa pihak PKG Johol sedang mengemaskini data SPPICTS.
Kod Organisasi : abc1234
Kata Laluan : 123
Pihak tuan diminta mencetak laporan tersebut dan dikemaskini data yang dicetak. Setiap pembetulan hendaklah ditulis dengan menggunakan dakwat merah.
Di harapkan pihak tuan dapat menghantar dengan kadar segera.
Sekian terima kasih.
Staf PKG Johol
Kepada Semua GPM
Ahli PKG Johol
PENGHANTARAN JADUAL WAKTU PERSENDIRIAN DAN TUGAS-TUGAS LAIN DI SEKOLAH
Berdasarkan perkara di atas, dimaklumlan bahawa pihak PKG Johol sedang mengemaskini data GPM di peringkat PKG Johol dan akan dihantar ke BTPN Negeri Sembilan.
Di harapkan pihak tuan dapat menghantar dengan kadar segera.
Sekian terima kasih.
Staf PKG Johol