Pegawai Teknologi Pendidikan DGA32
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29
Pn. Norzailinda binti Dorsamin
PT N17
FT17
MISI
MATLAMAT PKG
PKG harus menjadi tempat guru berunding untuk mendapatkan nasihat berhubung dengan hal-hal profesional mereka.Guru boleh menggunakan PKG untuk tempat perbincangan,merancang,berdiskusi,seminar,kursus dan bengkel untuk meluaskan pengetahuan ikhtisas mereka khasnya tentang kaedah pengajaran,dan maklumat baru dalam kurikulum sekolah.
PKG sebagai pusat sumber beroperasi untuk faedah guru-guru setempat.Ianya merupakan tempat menyimpan buku-buku,bahan rujukan,bahan pandang dengar dan perkakasan yang boleh digunakan segera atau dipinjam oleh guru juga bertindak sebagai agensi penyebar maklumat tentang perkembangan pendidikan setempat,negeri dan luar negeri.
PKG menyediakan kemudahan guru-guru berinteraksi untuk melaksanakan kegiatan sosial,kebudayaan,sukan,rekreasi,kesenian dan majlis kegiatan yang melibatkan kebajikan ahli masyarakat sekeliling. Melalui aktiviti-aktiviti social ini, PKG dapat membantu dalam membina semangat kesepasukan,kesefahaman dan kekitaan dalam masyarakat guru-guru setempat. Semangat seperti ini akan menjadi asas untuk pencapaian cirri-ciri masyarakat umum amnya.
PKG berfungsi dalam pengemaskinian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menekankan aspek penggunaan teknologi pendidikan secara bersepadu merentasi kurikulum.Interaksi antara guru-guru , pegawai di pejabat pendidikan daerah dan anggota masyarakat dapat berfungsi dalam pembaharuan kaedah pengajaran,maklumat dan pengesanan serta penilaian dan ini akan memudahkan pelaksanaan program-program perubahan dalam proses meningkatkan pendidikan sesuai dengan kehendak keperluan semasa.
Pkg dapat berfungsi dengan cara membina dan menyemarakkan sikap profesionalisme keguruan,meningkatkan semangat berkhidmat dan keazaman guru,memberi khidmat nasihat atau bimbingan . PKG juga dapat membantu masalah kemahiran dengan cara mempraktikkan kaedah pengajaran dan pembelajaran berlandaskan sumber,merancang menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran secara berkongsi idea,tenaga dan kemahiran,penggunaan alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih cekap dan berkesan.Masalah dari segi kemudahan fizikal,PKG menyediakan kemudahan bagi tempat mengadakan diskusi,kursus,ceramah,bengkel dan interaksi professional,menghasilkan bahan pengjaran dan pembelajaran secara bersendiri atau berkelompok, dan mendapatkan sumber maklumat serta kemudahan pinjam-meminjam buku dan alat/bahan pengajaran dan pembelajaran.
| Menyelaras program peningkatan kemahiran penggunanan teknologi pendidikan. |
2. | Melaksanakan aktiviti penyelidikan pembangunan ikhtisas guru dan proses pengajaran dan pembelajaran. |
3. | Menguasai kaedah inovatif teknologi pendidikan. |
4. | Memberi khidmat bantu dalam aspek teknologi dan sumber pendidikan. |
5. | Membimbing KBKK Merentasu BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. |
6. | Menyediakan garis panduan Perkhidmatan Pusat Sumber serta berfungsi sebagai pusat rujukan. |
7. | Menghasilkan bahan multimedia pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer. |
8. | Menjalankan program 'training of trainers' kawasan setempat. |
9. | Membina pusat dokumentasi teknologi pendidikan. |
10. | Membantu pembangunan Pusat Sumber Sekolah (PSS), Pusat pengautomasian perpustakaan. |
OBJEKTIF
| Meningkatkan kualiti pendidikan, hasil daripada proses P&P yang terancang. |
PIAGAM PELANGGAN PUSAT KEGIATAN GURU NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
| Melaksanakan sekurang-kuranganya 10 bengkel dan 2 forum ilmi dalam setahun. |
2. | Menghantar borang kelulusan awal yang telah siap diproses ke BTPN dalam 2 minggu hari bekerja sebelum aktiviti dijalankan |
3. | Memproses baucer dan LPO dan menghantar ke BTPN NS untuk pembayaran dalam masa 1 minggu selepas pembekal menandatanganinya. |
4. | Memproses tuntutan perjalanan dan syarahan guru dan menghantar ke BTPN NS dalam masa 2 minggu hari bekerja setelah tamat sesuatu kursus. |
5. | Membuat lawatan bimbingan PSS ke sekolah-sekolah ahli sekurang-kurangnya 2 kali untuk satu sekolah dalam masa setahun. |
6. | Mengadakan perjumpaan profesional dengan Guru Perpustakaan Media (GPM) sekolah ahli PKG sekurang-kurangnya 2 kali setahun. |
7. | Mengadakan dan memastikan mesyuarat-mesyuarat 7.1 - Mesyuarat Tahunan J/K Pemuafakatan - 1 kali setahun 7.2 - Mesyuarat J/K Pemuafakatan - 3 kali setahun 7.2 - Mesyuarat J/K Pasukan Kerja - 2 kali setahun |
8. | Melaksanakan program-program 8.1 - Penggredan Pusat Sumber Sekolah di Peringkan PKG. 8.2 - Pertandingan membaca terbanyak. 8.3 - Program Galakan Membaca 8.4 - Pertandingan TEKNOPEN |