Kepada Semua Guru ICT
Sekolah Ahli PKG Johol
Pengisian Data SPPICT 1/2010
Untuk makluman sekolah-sekolah ahli PKG Johol pengisian data maklumat SPPICT 2010 kutipan 1/2010 untuk Negeri Sembilan adalah pada 29 APRIL 2010. Tarikh akhir untuk pengisian data maklumat ini akan berakhir pada 09 MEI 2010. Sehubungan dengan itu, diharap pihak sekolah dapat membuat pengisian data tersebut dengan kadar segera.
Bagi sekolah-sekolah yang mengalami gangguan talian School Net boleh menggunakan kemudahan di Pusat Kegiatan Guru Johol dengan membawa komputer riba sekolah masing-masing yang mempunyai kemudahan wifi pada waktu bekerja pada setiap hari Isnin hingga Khamis.