Pages

01 April 2010

Staf PKG

 

 

En. Mohd Ghazali bin Che Man
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA32


En. Shafi'e bin Diron
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29
 
 

Pn. Norzailinda binti Dorsamin
PT N17


En. Mohd. Rizal bin Daud
FT17

Misi PKG

MISI

Institusi BTPN dan PKG mengutamakan pengurusan kualiti serta komitmen yang menyeluruh ke arah kecemerlangan profesionalisme guru-guru setempat bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pemeblajaran berasaskan teknologi pendidikan.

MATLAMAT PKG

Matlamat PKG adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah melalui peningkatan profesionalisme guru-guru berdasarkan kepada penghayatan Falsafah Pendidikan Negara. PKG akan merealisasikan potensi dan individualiti guru sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran wawasan 2020 selaras dengan dasar pembangunan negara kita.

PERANAN

Peranan PKG dapat dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu sebagai:

· Pusat Kegiatan Iktisas Kurikulum

PKG harus menjadi tempat guru berunding untuk mendapatkan nasihat berhubung dengan hal-hal profesional mereka.Guru boleh menggunakan PKG untuk tempat perbincangan,merancang,berdiskusi,seminar,kursus dan bengkel untuk meluaskan pengetahuan ikhtisas mereka khasnya tentang kaedah pengajaran,dan maklumat baru dalam kurikulum sekolah.

· Pusat Sumber

PKG sebagai pusat sumber beroperasi untuk faedah guru-guru setempat.Ianya merupakan tempat menyimpan buku-buku,bahan rujukan,bahan pandang dengar dan perkakasan yang boleh digunakan segera atau dipinjam oleh guru juga bertindak sebagai agensi penyebar maklumat tentang perkembangan pendidikan setempat,negeri dan luar negeri.

· Pusat Kegiatan Sosial

PKG menyediakan kemudahan guru-guru berinteraksi untuk melaksanakan kegiatan sosial,kebudayaan,sukan,rekreasi,kesenian dan majlis kegiatan yang melibatkan kebajikan ahli masyarakat sekeliling. Melalui aktiviti-aktiviti social ini, PKG dapat membantu dalam membina semangat kesepasukan,kesefahaman dan kekitaan dalam masyarakat guru-guru setempat. Semangat seperti ini akan menjadi asas untuk pencapaian cirri-ciri masyarakat umum amnya.

· Agen Perubahan

PKG berfungsi dalam pengemaskinian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menekankan aspek penggunaan teknologi pendidikan secara bersepadu merentasi kurikulum.Interaksi antara guru-guru , pegawai di pejabat pendidikan daerah dan anggota masyarakat dapat berfungsi dalam pembaharuan kaedah pengajaran,maklumat dan pengesanan serta penilaian dan ini akan memudahkan pelaksanaan program-program perubahan dalam proses meningkatkan pendidikan sesuai dengan kehendak keperluan semasa.

· Agen Penyelesaian Masalah

Pkg dapat berfungsi dengan cara membina dan menyemarakkan sikap profesionalisme keguruan,meningkatkan semangat berkhidmat dan keazaman guru,memberi khidmat nasihat atau bimbingan . PKG juga dapat membantu masalah kemahiran dengan cara mempraktikkan kaedah pengajaran dan pembelajaran berlandaskan sumber,merancang menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran secara berkongsi idea,tenaga dan kemahiran,penggunaan alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih cekap dan berkesan.Masalah dari segi kemudahan fizikal,PKG menyediakan kemudahan bagi tempat mengadakan diskusi,kursus,ceramah,bengkel dan interaksi professional,menghasilkan bahan pengjaran dan pembelajaran secara bersendiri atau berkelompok, dan mendapatkan sumber maklumat serta kemudahan pinjam-meminjam buku dan alat/bahan pengajaran dan pembelajaran.

FUNGSI

1.

Menyelaras program peningkatan kemahiran penggunanan teknologi pendidikan.

2.

Melaksanakan aktiviti penyelidikan pembangunan ikhtisas guru dan proses pengajaran dan pembelajaran.

3.

Menguasai kaedah inovatif teknologi pendidikan.

4.

Memberi khidmat bantu dalam aspek teknologi dan sumber pendidikan.

5.

Membimbing KBKK Merentasu BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

6.

Menyediakan garis panduan Perkhidmatan Pusat Sumber serta berfungsi sebagai pusat rujukan.

7.

Menghasilkan bahan multimedia pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer.

8.

Menjalankan program 'training of trainers' kawasan setempat.

9.

Membina pusat dokumentasi teknologi pendidikan.

10.

Membantu pembangunan Pusat Sumber Sekolah (PSS), Pusat pengautomasian perpustakaan.

OBJEKTIF

Dengan wujudnya PKG melalui program dan aktiviti yang sistematik diharapkan akan dapat:-

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

Meningkatkan kualiti pendidikan, hasil daripada proses P&P yang terancang.

Menjalankan aktiviti penyelidikan untuk mengesan keberkesanan prosesP&P.

Mengesan serta menyelesaikan masalah P&P yang dihadapi oleh guru secara usahasama.

Memupuk ikhtiar dan minat guru ke arah mempertingkatkan kualiti profesionalisme mereka.

Membina dan mengukuhkan daya juang, daya tahanh dan daya saing di kalangan guru.

Mempertingkatkan ketrampilan guru-guru melalui program latihan dalam perkhidmatan sejajar dengan perkembangan kurikulum

Menyebar maklumat, pengetahuan dan inovasi pendidikan.

Merapatkan hubungan antara sekolah-sekolah dalam aspek keperluan perkhidmatan dan pendidikan.

Menyediakan kemudahan untuk guru menjalankan aktiviti sosial yang membina.

Mengeratkan hubungan dengan masyarakat dan agensi setempat.

Mengeratkan hubungan dengan masyarakat korporat supaya pelajar-pelajar dapat peluang memahami aspek perdagangan dan perindustrian dankaitannya dengan kehidupan masyarakat.

PIAGAM PELANGGAN PUSAT KEGIATAN GURU NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

1.

Melaksanakan sekurang-kuranganya 10 bengkel dan 2 forum ilmi dalam setahun.

2.

Menghantar borang kelulusan awal yang telah siap diproses ke BTPN dalam 2 minggu hari bekerja sebelum aktiviti dijalankan

3.

Memproses baucer dan LPO dan menghantar ke BTPN NS untuk pembayaran dalam masa 1 minggu selepas pembekal menandatanganinya.

4.

Memproses tuntutan perjalanan dan syarahan guru dan menghantar ke BTPN NS dalam masa 2 minggu hari bekerja setelah tamat sesuatu kursus.

5.

Membuat lawatan bimbingan PSS ke sekolah-sekolah ahli sekurang-kurangnya 2 kali untuk satu sekolah dalam masa setahun.

6.

Mengadakan perjumpaan profesional dengan Guru Perpustakaan Media (GPM) sekolah ahli PKG sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

7.

Mengadakan dan memastikan mesyuarat-mesyuarat

7.1 - Mesyuarat Tahunan J/K Pemuafakatan - 1 kali setahun

7.2 - Mesyuarat J/K Pemuafakatan - 3 kali setahun

7.2 - Mesyuarat J/K Pasukan Kerja - 2 kali setahun

8.

Melaksanakan program-program

8.1 - Penggredan Pusat Sumber Sekolah di Peringkan PKG.

8.2 - Pertandingan membaca terbanyak.

8.3 - Program Galakan Membaca

8.4 - Pertandingan TEKNOPEN

"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat Melayari Blog Kami. Daripada Staf PKG Johol"